Saturday, May 9, 2009

World Red Cross Day



8 Mei 1828 Henry Dunant dilahirkan di Geneva,Switzerland

24 Jun 1859 Petempuran Solferino ,Henry Dunant berada di sini dan membantu meringankan penderitaan mereka yang cedera

1862 Buku Henry Dunant : A Memory of Solferino telah diterbitkan .Dalam buku ini ,beliau mengetengahkan cara untuk membantu mereka yang cedera ketika perang .

23 Okt 1863 Suatu persidangan antarabangsa yang diadakan untuk melancarkan Pengerakan Palang Merah dibuka di Geneva .Persidangan ini dihadiri oleh wakil dari 16 buah negara .Satu Palang berwarna merah dengan latar belakang putih diterima sebagai lambang pergerakan .

22 Ogos 1864 Konvensyen Geneva pertama ditandatangani oleh wakil dari 12 negara

1906 Konvensyen Geneva pertama diulaskan semula di suatu persidangan di Geneva

1907 Konvensyen Hague memperkenalkan perlindungan undang-undang bagi tawanan perang

30 Okt 1910 Henry Dunant meninggal dunia di Switzerland ketika berumur 82

1929 Konvensyen Geneva Ketiga menetapkan peraturan untuk melindungi dan menjaga tawanan perang

1949 Empat Konvensyen Geneva diterima .1 meliputi mereka yang cedera dalam peperangan di darat ,mereka yang cedera dan mangsa kapal karam di laut ,tawanan perang dan orang awam yang berada di wilayah musuh atau wilayah yang diduduki

1986 Palang Merah Antarabangsa secara rasmi dinamai ' Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa '

Selamat Hari Palang Merah Sedunia !

No comments:

Post a Comment