Saturday, May 9, 2009

World Red Cross Day



8 Mei 1828 Henry Dunant dilahirkan di Geneva,Switzerland

24 Jun 1859 Petempuran Solferino ,Henry Dunant berada di sini dan membantu meringankan penderitaan mereka yang cedera

1862 Buku Henry Dunant : A Memory of Solferino telah diterbitkan .Dalam buku ini ,beliau mengetengahkan cara untuk membantu mereka yang cedera ketika perang .

23 Okt 1863 Suatu persidangan antarabangsa yang diadakan untuk melancarkan Pengerakan Palang Merah dibuka di Geneva .Persidangan ini dihadiri oleh wakil dari 16 buah negara .Satu Palang berwarna merah dengan latar belakang putih diterima sebagai lambang pergerakan .

22 Ogos 1864 Konvensyen Geneva pertama ditandatangani oleh wakil dari 12 negara

1906 Konvensyen Geneva pertama diulaskan semula di suatu persidangan di Geneva

1907 Konvensyen Hague memperkenalkan perlindungan undang-undang bagi tawanan perang

30 Okt 1910 Henry Dunant meninggal dunia di Switzerland ketika berumur 82

1929 Konvensyen Geneva Ketiga menetapkan peraturan untuk melindungi dan menjaga tawanan perang

1949 Empat Konvensyen Geneva diterima .1 meliputi mereka yang cedera dalam peperangan di darat ,mereka yang cedera dan mangsa kapal karam di laut ,tawanan perang dan orang awam yang berada di wilayah musuh atau wilayah yang diduduki

1986 Palang Merah Antarabangsa secara rasmi dinamai ' Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa '

Selamat Hari Palang Merah Sedunia !

Sunday, April 12, 2009

Annoucement : Tarikh baru Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah telah ditunda ke 20 Jun 2009 .

Latihan kawad kaki akan bermula selepas MSSD Pertandingan Bola Keranjang yang akan diadakan pada minggu ini di sekolah kami .Harap Maklum .

Sekian ,terima kasih .

- AJK IT & Seranta -

Wednesday, March 25, 2009

Annoucement : Kursus Pertolongan Cemas

Kepada semua ahli-ahli BSM SMK Kota Kemuning yang telah memberi nama anda untuk menyertai Kursus Pertolongan Cemas .Berikut adalah maklumat-maklumat tentang Kursus PC .

Tarikh : 28 March 2009 dan 29 March 2009 ( Hari Sabtu dan Ahad )

Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang

Bayaran : RM 30 ( Termasuk bayaran untuk kursus ,makan tengah hari untuk dua hari ,T-Shirt KPC ,kain anduh ,tag nama dan buku nota .)

Pakaian : T-Shirt KPC ,Track Bottom .

- AJK IT & Seranta -

Saturday, March 21, 2009

MPAB SMKTKU

Tarikh : 21 March 2009
Masa : 8.00 pagi - 12.00 petang
Tempat : SMK Taman Klang Utama

MPAB SMK Taman Klang Utama '09 .
5 wakil daripada sekolah kami .



Ucapan .


Persembahan tarian .

Button Badge .
- AJK IT & Seranta -

Wednesday, March 18, 2009

Annoucement : Latihan Kawad Kaki 2

Kepada semua ahli BSMM yang akan mengambil bahagian dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah ,latihan kawad kaki akan diadakan pada 19 March ,hari Khamis . Harap Maklum .

Masa : 8.30am - 11.00am ( Sila menepati masa ! )
Tempat : Doritis Basketball Court .

Semua ahli yang akan mengambil bahagian diwajibkan datang .

Sekian ,terima kasih .
- AJK IT & Seranta -

Saturday, March 14, 2009

Perjumpaan 7/3/2009 : Casualty Faking

Tarikh : 7/3/2009
Masa : 10.30 pagi - 12.00 petang
Tempat : Dataran Ilmu ,SMK Kota Kemuning
Activiti : Casualty Faking


" Mangsa-mangsa " kami .








Gambar-gambar aktiviti



Ahli-Ahli .
Hmm..?
" Mangsa-mangsa" kami .
Model AJK ,Raakesh .
- AJK IT & Seranta -

Friday, March 6, 2009

Annoucement : Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah akan diadakan pada 4 April 2009 .
Kepada semua ahli BSMM yang ingin menyertai pertandingan tersebut ,sila berikan nama anda kepada Ahli Jawatan Kuasa secepat mungkin .

Sekian ,terima kasih .

- AJK IT & Seranta -